PENGENALAN SYARIKAT

MBI COMMUNICATION ( TR0101194-X) merupakan salah satu syarikat yang mengedarkan produk tambah nilai bercirikan EasyReload.  Diasaskan oleh pemilik yang mempunyai pengalaman perniagaan dalam bidang Telekomunikasi dan Easyreload sejak dari tahun 2003, pemilik secara serius memasarkan produk easyreload ini ke seluruh Malaysia pada bulan Jun tahun 2008. Kedudukan syarikat yang kukuh beserta asas perkhidmatan yang telus menjadikan syarikat MBI COMMUNICATION kekal hingga masa sekarang. Bernaung di bawah syarikat OMX, MBI Communication berganding bahu bersama-sama OMX dalam menerajui pasaran produk Easyreload ke seluruh Malaysia. Secara rasminya MBI COMMUNICATION telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 01 Oktober 2010 disebabkan permintaan pasaran yang begitu tinggi.

EasyReload adalah satu sistem tambah nilai prabayar yang menggunakan sistem server terbaik yang pantas serta efektif pada masa kini. Kami mengedar EasyReload kepada pengedar-pengedar runcit serta individu persendirian di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak yang ternyata sentiasa menyokong kami sebagai sebuah syarikat yang sedang berkembang maju.

…………………………………………………………………………………………………………….

KHIDMAT KAMI

* Perkhidmatan ereload serta softpin Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, XOX  dan iTalk dalam SATU SIM (SEMUA dalam 1)

* Perkhidmatan BUKAN berbentuk M.L.M @ SISTEM PIRAMID

* Ereload CELCOM (Keuntungan 4% – 6%) cth; Celcom RM10 (RM9.60), RM30 (RM28.80)

* Ereload MAXIS (Keuntungan 3%) cth; Maxis RM10 (RM9.70), RM30 (RM29.10)

* Ereload DIGI (Keuntungan 3%) cth; Digi RM10 (RM9.70), RM30 (RM29.10)

* Ereload U-Mobile (Keuntungan 6%) cth; U-Mobile RM10 (RM9.40), RM30 (RM28.20)

* Softpin XOX (Keuntungan 5%) cth; XOX RM10 (RM9.50), RM30 (RM28.50)

* Softpin iTALK (Keuntungan 12%) cth; iTalk RM10 (RM8.80), RM30 (RM26.40)

* Peruntukan modal kecil serendah RM 1 sahaja (mengikut kemampuan individu)

* Yuran pendaftaran hanya RM 15 sekali seumur hidup

* Perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan beroperasi 24 jam sehari tanpa had

* Nilai transaksi bermula dari RM 3 sehingga RM 100

* Tiada sewa bulanan/yuran tahunan

* Tanpa caj sms tersembunyi (hanyalah caj penghantaran sms ke gateway sebanyak 1 sen; melalui pengaktifan 8pax/active10/friends&family

* Tanpa risiko double reload (transaksi sama berulangkali disebabkan kecuaian)

9 Responses to PENGENALAN SYARIKAT

  1. Din says:

    Salam..
    Boleh saya tahu, MBI Easyreload ini memulakan operasi sejak bila?

  2. mbic says:

    Wsalam
    Saudara Din,

    Kami bukan datang dari syarikat easyreload itu sendiri. Tapi, kami di MBI hanyalah berfungsi sebagai pengedar sahaja dan menyediakan perkhidmatan kpd mana-mana individu yg ingin melibatkan diri dalam dunia bisnes telekomunikasi iaitu tambah nilai dlm konsep Easyreload. Sebenarnya, kami sudah hampir 5 tahun melibatkan diri dalam dunia telekomunikasi ini. Namun begitu, kami hanya menawarkan perkhidmatan kami ini ke seluruh Malaysia sejak akhir-akhir ini, lebih kurang dalam tempoh 6 bulan yg lepas.

    Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan daripada pelanggan setia kami membuatkan kami tertarik untuk meneruskan perniagaan ini hingga ke peringkat yg lebih tinggi. Kami tidak mungkin akan dikenali hingga ke tahap hari ini, jika tidak mendapat sokongan daripada pelanggan-pelanggan kami dari dahulu hingga sekarang.

    Sokongan anda semua amat kami perlukan, dan kami akan tetap berada di sini selagi perkhidmatan kami diperlukan.

    Kami benar-benar menghargai kepercayaan pelanggan-pelanggan kami, meskipun ketika itu kami masih dalam usia setahun jagung. Terima kasih atas kepercayaan anda semua.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  3. Mazlan Mahad says:

    Salam En Ajismee/Puan Hazwani

    Pertama, sekali lg sy nak ucapkan tahniah di atas pernikahan tuandan puan, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

    Kedua, kami dimaklumkan syarikat tutup dari 12 hingga 15hb Mar 2009 (yg mana sepatutnya syarikat atau berniaga tak boleh tutup atas alasan perkahwinan, maksudnya mesti ada org yg kendalikan/gantikan kalau tuan bercuti). Akibatnya, kami iaitu pelanggan tuan telah menghadapi kesukaran utk tempoh tersebut. Diharap ia tidak akan berlaku lg di masa2 akan dtg.

    Ketiga, sy dah bank in duit mlm tadi (15 Mar 09 22.12), hingga sekarang (16 Mar 09 11.57 pagi) sy masih tidak dapat penambahan deposit. Sy telah sms sebanyak 4 kali. Sy jugak telepon tuan dan Puan Hazwani, tapi telepon tutup (sungguh2 kecewa bengang pun ada). Sy jugak telepon en roslam dan en zack, ada nada ring, tapi tidak berjawap sampai pegi ke voice mail.

    Cukuplah kami disusahkan utk tempoh 4 hari (12 hingga 15). Kami berniaga, ramai pelanggan marah-marah pada kami hingga kami stress.

    Yg menambahkan lagi stress kami, sudahlah penambahan modal tak masuk-masuk lagi, talipon pulak sama ada ditutup atau tidak berjawap.

    Email ni, tak tau la, apakah akan dijwap atau tidak dan bila akan dijawap.

    Apa sebenarnya yg terjadi?

  4. umar says:

    Salam. Aduh bro, part ni aku stuju. Sebagai tukang jual topup, takut juga sya dengar komen agen mcm ni. Ya kalau bole hati agen mesti gak di jaga. Sya rasa, memang patut kalau ada yang ambil alih kalau tuan ada function ka apa. Pelanggan agen tunggu. Kasian agen2 ni. Mereka yang bersemuka dengan orang ramai. Kena marah lg, adoi. Sabar bro Mazlan. Harap MBI dapat mgatasi masalah ini.

  5. MBI Communication says:

    Pelanggan yang dihargai,

    Kami telah bercuti sepanjang 12.03.09 hingga 15.03.09 yang lepas bersempena perkahwinan saya dan Saudara Ajismee. Kami tidak mempunyai pekerja pengganti yang boleh menguruskan penambahan deposit ini, yang mana mereka tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab ini.

    Disebabkan itu, kami terpaksa menguruskannya sendiri walaupun kami terlampau sibuk dengan persiapan perkahwinan kami. Kami amat mengharapkan dealer-dealer kami turut memahami situasi kami pada minggu lepas, dan juga amat berharap supaya delaer-dealer kami tidak mudah melatah dan menganggap buruk kpd kami.

    Kami memohon ribuan maaf kepada mana-mana dealer yang tidak berpuas hati dengan kami. Kami tidak pernah merasa kami yang terbaik, namun kami sentiasa mencuba untuk memberi yang terbaik kpd agen-agen kami. Diharapkan dengan respon ini, agen-agen semua berpuas hati dan berhenti dari bersangka buruk kpd kami, kerana bersangka buruk itu adalah ditegah dalam Islam.

    Kami sudah beroperasi seperti biasa pada hari ini, InsyaAllah semuanya akan kembali normal selepas ini sekiranya tiada apa-apa yang menghalang kami. Sekian,

    Salam ikhlas,
    Nor Hazwanie Mohd Fadzil & Ahmad Ajismee Mohad
    MBI COMMUNICATION

    p/s : Komen ini telah dijawab pada 18.03.09 yg lepas,di ruangan ‘Hubungi Kami’
    Harap maklum.

  6. prince caspia says:

    kalau dh mndaftar,,apabila plangan nk mmbli topup,,bagaimana cara kte nk jualkn…??

    • MBI Communication says:

      Salam
      Saudari Caspia,

      Semua urusan topup kepada pelanggan dibuat menerusi format sms serta internet. Untuk maklumat terperinci, sila rujuk di halaman ‘format sms’ di blog ini. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

  7. Sue says:

    Salam sy nk daftar jd agen persndirian,mcm mane ye?berapa modal untuk jalnkn bisnes nie?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s