RSS

FORMAT SMS (Rujukan Utk Ahli Baru)

Sebelum anda melakukan sebarang transaksi, sila pastikan bahawa anda telah mengaktifkan nombor gateway/server (mengikut rangkaian yg sama seperti no. telefon anda yg telah didaftarkan) ke dalam senarai 8pax/Teman 20/friends&family/active10 anda.

SENARAI NOMBOR-NOMBOR GATEWAY / SERVER

Celcom:

013-977 7175

013-999 5676

013-999 7754

013-966 2777

Maxis:

012-988 0111

012-981 6666 (SIM rosak)

017-908 8278


Digi:

016-988 7333

016-960 1866

016-960 1888

016-962 6616


CARA MENGGUNAKAN EASYRELOAD MBI:

Untuk Topup, Taip :
No Customer  <Jarak > Kod Topup & Jumlah <Jarak > 123456
Hantar pd No Gateway di atas.

Contoh Maxis Rm10 taip:
0121234567 MX10  123456

Contoh Celcom Rm10 taip:
0131234567  C10  123456

Contoh Digi Rm10 taip:
0161234567  D10  123456

Contoh pin I-Talk Rm10 taip:
0121234567  IT10  123456
Contoh pin U-Mobile Rm10 taip:
0121234567  UMP10  123456

Contoh pin XOX Rm10 taip:
0101234567  XOX10  123456

HANTAR Kepada Salah Satu No Gateway Di Atas.

CARA MENYEMAK BAKI MODAL/DEPOSIT MBI:

Semak Baki Taip:
Dep <Jarak > 123456

Contoh taip:

Dep  123456
HANTAR Kepada Salah Satu No Gateway Di Atas.

CARA MENUKAR KOD PIN ANDA

Langkah Menukar No Pin 123456 Kepada No Pin Pilihan Ahli Adalah Seperti Berikut:

Pin <Jarak > 123456 <Jarak > NoPin Baru

Contoh Taip:
Pin  123456  567890

HANTAR Kepada Salah Satu No Gateway Di Atas.


CARA PEMINDAHAN MODAL SESAMA AHLI MBI:


Untuk Transfer Dep Taip :

Dep  <Jarak > No Hp Ahli(Rakan) <Jarak > Jumlah <Jarak> Kod Pin Anda
Contoh Transfer Rm100 Taip:
Dep   0121234567  100  123456
HANTAR Kepada Salah Satu No Gateway Di Atas.
 

32 Responses to FORMAT SMS (Rujukan Utk Ahli Baru)

  1. mykb

    12 September 2008 at 8:48 am

    Asslmkum,
    Contoh pesanan utk beli pin ITalk ialah:
    0121234567 IT10 123456.
    Soalan saya ialah;
    1. Adakah nombor hp 0121234567 nombor dealer sendiri atau pelanggan?
    2. Kalau nombor dealer sendiri, ini bermakna dealer tersebut hanya boleh beli sekali sahaja pada nilai yg sama pd hari itu kerana u punya sistem tak boleh memberi pin kepada no hp yg sama kan? Kalau custmer kita 5 org nak beli italk rm10, maka org ke-5 baru dpt beli pd hari ke-5?

     
  2. mbic

    12 September 2008 at 10:00 pm

    Saudara Mykb,

    1. Utk pesanan belian no pin italk, anda TAK PERLU memasukkan no customer atau no tel anda sendiri. Tapi seperti yg telah kami nyatakan, anda HANYA PERLU memasukkan no 0121234567 itu sendiri dalam sms yg akan anda hantar ke nombor gateway mengikut format yg telah kami nyatakan spt di atas.

    2. Jawapannya ‘ya’ jika kami menggunakan no dealer untuk memesan no pin italk. Namun begitu, sedari awal lg kami sudah tahu bahawa masalah seperti yg telah saudari nyatakan itu akan timbul jika kami buat spt yg telah anda sebut itu. Disebabkan itulah, kami TIDAK menggunakan no pelanggan atau no dealer itu sendiri, tapi kami menggunakan no tetap 0121234567 pada setiap kali dealer ingin membeli no pin italk. Tidak seperti utk tambah nilai lain, pesanan belian pin italk digunakan dalam format yg berbeza. Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  3. Mal

    22 October 2008 at 1:57 pm

    Salam… nak tanya nape bila satu no. yg sama nak topup utk kali kdua, selalu akan failed..??

    Cth: 0123456789 reload pada pkul 11 a.m, pada pkul 3 p.m no. yg sama hndak reload, reload mesti failed…

    Mesej dari server mngatakan reload failed kerana no. yg sama reload. Dan selepas 24jam baru leh reload.. Nape ek??

     
  4. mbic

    24 October 2008 at 3:42 am

    Saudari Mal,

    Sebenarnya, transaksi tidak gagal jika nombor yg sama menambahnilai beberapa kali dalam masa 24 jam, cuma transaksi akan gagal jika dealer memasukkan nilai transaksi sama ke nombor yg sama dalam hari yg sama. Hal ini adalah untuk mengelakkan kesilapan server memasukkan transaksi yg sama berulangkali kpd pelanggan. Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  5. Hafidz

    16 November 2008 at 10:51 pm

    Kenapa sejak malam tadi (16 Nov 08) hingga pagi ini (17 Nov 08) bila nak top up, asyik mesej “sistem sedang dinaiktaraf” aje????/

     
  6. mbic

    16 November 2008 at 11:25 pm

    Saudara Hafidz,

    Sistem memang dinaiktaraf semalam, iaitu dari jam 8 malam hingga 10 malam. Oleh sebab itu, telah berlaku kegagalan untuk membuat pesanan tambah nilai hanya untuk Celcom sementara pesanan tambah nilai Maxis beroperasi seperti biasa. Namun begitu, sistem kembali pulih selepas jam 10 malam semalam, dan begitu juga sehingga hari ini.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  7. Najhan

    4 December 2008 at 4:33 am

    Salam.. Thank you very much for fast proceed!! It’s really ‘satisfaction for mutual benefits’!!!
    Hope Allah bless all of you..
    Amin..

     
  8. mbic

    4 December 2008 at 8:27 am

    Wsalam
    Saudari Najhan,

    Terima kasih kerana bersama-sama kami, diharapkan saudari berpuas hati dgn perkhidmatan yg telah kami berikan terhadap saudari setakat ini. Kami di MBI COMM mengalu-alukan kehadiran saudari bersama kami. Semoga saudari turut berjaya dalam perniagaan ini. Terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  9. abdul jalil b suid

    5 January 2009 at 5:50 am

    Assalamualaikum…
    Disini saya ingin kongsi pengalaman te
    ntang “MENGAPA TOPUP GAGAL”…..
    1.Deposit xcukup
    2.no. tel. customer salah
    contoh: C> 019 dan013…bila edit utk celcom MX>017 dan 012..bila edit utk
    maxis 3.(yang saya alami) huruf dan angka…
    contoh:0(kosong) dan o(“o”) …0..o..(beza)
    harap maklum.

     
  10. Wazie

    31 January 2009 at 12:30 pm

    apakah sebab2 proses topup gagal?
    (selain drpd salah masuk no. telefon dan salah format sms)
    kes: saya nak topup 1 no maxis, tapi gagal. tapi bila saya topup 1 no maxis lain, tak gagal pula. kenapa?

     
  11. MBI Communication

    31 January 2009 at 3:17 pm

    Saudari Wazirah,

    Proses tambah nilai kpd pelanggan gagal mungkin disebabkan oleh beberapa perkara. Berkemungkinan nombor tersebut telah ditambah nilai dengan jumlah yg sama dlm tempoh 24 jam. Sistem akan menghalang nombor yg sama daripada mengalami double reload dengan menyekat proses tambah nilai itu. Selain itu, mungkin juga terjadi kesilapan pada sistem itu sendiri untuk memproses tambah nilai ke nombor tersebut disebabkan kesesakan yg sedang dialami pada gateway kami pada masa saudari memesan tambah nilai itu. Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  12. farhah

    8 March 2009 at 4:26 pm

    askum..
    saya nk tanya..
    if topup selepas office hour boleh ke?
    mcm kul 12mlm?
    nk reload after office hour mcmana?
    lg..
    if nk reload sabtu ahad booleh ke?

     
  13. mykb

    20 April 2009 at 9:03 am

    Asslmkum,
    Apakah dikenakan sebarang caj untuk pemindahan modal sesama ahli?

     
  14. ZUL_GM

    6 September 2009 at 6:01 am

    pemindahan kredit sesama agen tak dikenakan caj….saya selalu guna…

     
  15. andy05

    21 October 2009 at 4:54 am

    salam sy nk tnya…singkatan bg maxis ialah MX, celcom C..Klau XOX 2 singkatan bg line ape??? Singkatann XOX untuk ape????

     
    • MBI Communication

      22 October 2009 at 9:41 am

      Wsalam
      Saudari Andy,

      XOX adalah telco bagi nombor yang bermula dgn 010. Harap maklum.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  16. eim

    12 January 2010 at 3:56 pm

    Salam.
    1)Sy ingin bertanya kpd pihak tuan,adakah line celcom,maxis n digi yg bermula dgn 010 merupakan XOX?
    2)Sekiranya dia memakai line celcom tetapi bermula dgn 010 bagaimana sy hendak topup,adakah perlu guna C or XOX?

     
    • MBI Communication

      12 January 2010 at 10:29 pm

      Wsalam
      Saudara Eim,

      Utk pengetahuan saudara, kami hanya menyediakan kod pin bagi tambah nilai XOX (010), sekiranya nombor pelanggan adalah 019, tetapi telah ditukar ke telco XOX, maka encik perlu memesan pin kod bagi XOX, seterusnya saudara perlu memberikan no pin tersebut kpd pelanggan saudara. Sekiranya no pelanggan anda bermula dengan 010, tp telah ditukar ke telco Celcom, maka saudara perlu menggunakan kod ‘C’ semasa membuat pesanan transaksi. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
    • abezack

      5 January 2011 at 3:39 pm

      actually… 010 bukanlah hak milik xox sahaja… lain2 telco juga ada yang menggunakan 010.. seperti digi, celcom, maxis dan tunetalk. jadi kalau saudara menggunakan celcom 010.. sudah pastinya topup menggunakan topup celcom

       
      • abezack

        5 January 2011 at 3:42 pm

        dengan lebih detail.. ini contoh telco yang menggunakan prefix 010

        010-2 digi, 010-3 xox, 010-4 celcom, 010-5 tunetalk dan celcom, 010-6 digi, 010-7 maxis, 010-8 maxis, 010-9 digi

         
      • MBI Communication (TR0101194-X)

        5 January 2011 at 3:49 pm

        Saudara Abezack,

        Terima kasih untuk maklumat yang telah dikongsi bersama-sama ini.

        MBI COMMUNICATION
        -Satisfaction for Mutual Benefits-

         
  17. kamalrudin

    10 March 2010 at 10:45 pm

    salam.. mbi tak menyediakan top menggunakan internernet ke.. ?

     
    • MBI Communication

      11 March 2010 at 8:13 am

      Wsalam
      Saudara Kamalrudin,

      Untuk pengetahuan saudara, kami menyediakan perkhidmatan semakan laporan transaksi serta perkhidmatan internet kepada semua agen kami. Untuk pengaktifan akaun internet encik, encik bolehlah sms kepada 0139987499 supaya kami dapat mengaktifkan akaun internet saudara. Namun begitu, perlulah diingat supaya semua agen dikehendaki menukarkan no pin yang diberi ke no pin pilihan sendiri untuk mengelakkan sebarang kesulitan di masa akan datang. Harap maklum.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  18. kamalrudin

    20 March 2010 at 4:35 pm

    apakah sms yang di hantar pada no 0139987499 tersebut

     
    • MBI Communication

      21 March 2010 at 7:56 am

      Saudara,

      Sms yg menyatakan bahawa saudara ingin mengaktifkan akaun internet saudara. Terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  19. kamalrudin

    21 March 2010 at 11:53 am

    klau sy lma tak reload dengan mbi ni adakah akaun sy tak aktif lagi? tq

     
  20. kamalrudin

    21 March 2010 at 10:16 pm

    sy dh hntar sms ke no tersebut utk mengaktifkan akaun sy tpi tak da balasan pun

     
  21. zul_gm

    22 March 2010 at 12:47 am

    Yg saya tahu,jika x aktif lebih 3 bulan akaun dah takleh gune…
    kne register baru…

     
    • MBI Communication

      22 March 2010 at 8:33 am

      Salam
      Saudara Zul,

      Jika akaun mana-mana agen yang tidak aktif dlm masa tiga bulan berturut-turut, akaun akan dinyah aktifkan secara automatik. Jadi agen tidak lagi boleh membuat sebarang transaksi atau semakan baki bagi akaun tersebut. Namun begitu, akaun anda boleh diaktifkan kembali dengan membuat permintaan kpd kami melalui sms atau panggilan tel ke no 0139987499. Untuk pengaktifan semula akaun akan dikenakan caj sebanyak RM 5 shja. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  22. effan

    30 December 2010 at 5:10 pm

    adakah saya boleh membeli maxis Hot Ticket dan MOL points melalui MBI? jika boleh bagaimana caranya?

     
    • MBI Communication (TR0101194-X)

      1 January 2011 at 10:21 am

      Saudara Effan,

      Gunakan kod HT8, HT10, HT15 (diskaun 6%) untuk Hot Ticket, manakala kod untuk MOL Points adalah MOL10, MOL20, MOL30, MOL40, MOL50, MOL100 (diskaun 3%).

      Harap maklum dan terima kasih.


      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  23. ajb

    2 January 2012 at 5:46 pm

    nak tanye blh x hantar top up y banyak dalam satu masa dan satu msj shj…kalu ade mcamana format msj nye

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers