RSS

PENAMBAHAN DEPOSIT/MODAL (Waktu Bank In)

 

Untuk proses penambahan deposit, sila gunakan format SMS seperti di bawah :


TAIP:  MBIDEPOSIT<jarak>Nama penuh anda<jarak>No.Telefon<jarak>Nama Bank<jarak>Tarikh@Masa Bank in<jarak>Jumlah (dan hantar ke 013-9987499 SAHAJA)

CONTOH : MBIDEPOSIT Ahmad Ajismee Mohad 0148166266 CIMB

270708@1200 RM100 (hantar ke 0139987499)

…………………………………………………………………………………………………….

Urusan Perbankan (No Akaun)

Perhatian,

Butiran akaun kami adalah seperti di bawah. Diharapkan dealer-dealer melakukan pemindahan wang untuk proses penambahan deposit ke akaun semasa kami berkuatkuasa pada 22 Oktober 2008. Terima kasih atas kerjasama daripada pelanggan sekalian.

Nama Akaun: Ahmad Ajismee Mohad

MAYBANK : 5630 6411 6154

CIMB : 1302 002074 5050

………………………………………………………………………………………………………………………………………

Waktu Urusan Bagi Penambahan Deposit

* Sabtu – Khamis : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

* Jumaat              : 9.00 pagi hingga 1.00 petang sahaja

* Cuti Umum      : TUTUP

MAKLUMAN :

* Sekiranya agen telah bank in selepas daripada waktu seperti yang telah dinyatakan seperti di atas, proses penambahan deposit ke akaun anda akan dilakukan pada keesokan hari.


-HARAP MAKLUM dan terima kasih-

 

63 Responses to PENAMBAHAN DEPOSIT/MODAL (Waktu Bank In)

  1. Zainol bin Ismail

    10 August 2008 at 1:46 am

    Kawasan saya nak masuk jadi dealer macam mana nak dapat komisen

     
  2. mbic

    13 August 2008 at 12:11 pm

    Saudara Zainol, sila rujuk di ruangan Apa Kebaikan Menjadi Agen Kami utk menjawab persoalan encik. Terima Kasih

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  3. ummi

    25 August 2008 at 2:51 am

    saya dah masuk modal semalam tapi sampai sekarang pun tak tambah lagi.saya dah call no hq tp dia cakap kena call sapa yg daftar saya padahal saya tambah modal atas nama ahmad ajismee…. nama saya ummi kalsom binti hashim…

     
  4. mbic

    26 August 2008 at 1:00 am

    Saudari Ummi,

    Utk pengetahuan saudari, bg proses penambahan deposit hendaklah dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh syarikat, sekiranya saudari mahu syarikat menambah deposit saudari pd hari yg sama. Sekiranya saudari telah bank in duit selepas dari waktu yg ditetapkan, maka urusan tersebut hanya akan dilakukan pada keesokan hari. Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  5. cikla

    27 August 2008 at 4:34 am

    askum…saya ingin ketahui berapa masa minimum yg diperlukan untuk mengaktifkan deposit? Ini kerana saya telah menambah deposit pada ptg semalam namum sampai skrg tiada tindak bls dari pihak tuan.

     
  6. cikla

    27 August 2008 at 5:11 am

    Dan saya ingin jua ketahui format SMS setelah deposit MBIDEPOSITNama agenNo.TelefonNama BankTarikh@Masa Bank inJumlah
    Adakah No.Telefon yg akan dinyatakan no telefon agen atau ahli yg menambah deposit?

     
  7. mbic

    27 August 2008 at 10:53 am

    Wsalam Saudari,

    Masa minimum yg diperuntukkan untuk urusan penambahan deposit tidak ditetapkan oleh syarikat. Namun begitu, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan produktiviti syarikat ini. Oleh itu, kami sentiasa berusaha memproses penambahan deposit anda secepat mungkin sekiranya tiada apa-apa masalah. Proses semakan akaun, dan proses-proses berkaitan yg terlibat dgn pihak lain tidak dapat kami elakkan. Harap maaf atas kesulitan yg telah saudari hadapi.

    Untuk soalan seterusnya, setiap agen perlulah menghantar maklumat proses bank in bg tujuan penambahan deposit melalui no telefon yg berdaftar dgn kami. Setiap agen yg telah bank in ke akaun Ahmad Ajismee hendaklah menghantar maklumat berkenaan mengikut format yg telah diberikan ke nombor yg dinyatakan spt di atas. Walaupun sekiranya saudari mempunyai ahli di bawah saudari, namun, ahli itu perlulah menambah deposit akaun mereka sendiri tanpa melibatkan dealer yg telah memperkenalkan ahli tersebut. Memandangkan syarikat kami bukanlah syarikat yg menjalankan perniagaan secara bertingkat-tingkat, oleh sebab itu, setelah ahli yg anda perkenalkan kpd kami itu berdaftar dgn kami, segala urusan berkaitan hendaklah dirujuk terus kepada kami. Harap maklum dan terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  8. mama

    29 August 2008 at 5:05 am

    SAYA MASUK MODAL KAT ATM MYBANK TADI 4X TAPI skrin papar DEPOSIT TAK DITERIMA PADAHAL DAH PAPAR NAMA AJISMEE…. ada masalah dgn bak ke?

     
  9. mbic

    29 August 2008 at 1:38 pm

    Saudari Mama,

    Utk pengetahuan saudari, kesemua dealer kami yg berurusan melalui pihak Maybank tidak dapat melakukan pemindahan modal pada hari ini disebabkan baki di dalam akaun kami hampir mencecah ratusan ribu ringgit. Disebabkan itulah, pihak Maybank telah menyekat akaun kami daripada membuat apa-apa transaksi.

    Namun begitu, itu bukan menjadi satu masalah kerana kami masih mempunyai akaun CIMB. Jadi, sebagai inisiatif lain, saudari bolehlah melakukan pemindahan wang kpd kami dengan menggunakan ATM Deposit CIMB dengan menggunakan nombor akaun seperti yg telah dipaparkan. Harap maklum.

    Terima Kasih,
    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  10. atas

    2 September 2008 at 7:02 am

    line gateway dalam sehari dua ni lambat…….. boleh pihak admin komen skit pasal ni…..
    tq

     
  11. mama

    3 September 2008 at 4:48 am

    SEMOGA SISTEM OK PADA HARI RAYA TIME 2 NAK BUAT DUIT

     
  12. mykb

    3 September 2008 at 5:30 am

    Utuk pengetahuan pihak tuan, tempat saya hanya ada maybank, rhb dan public bank sahaja. Ini bermakna apabila akaun maybank tuan dah melebihi limit, saya dan dwnline di sini sukar nak berurusniaga. Ada tak alternatif lain yg boleh digunakan utk menambah deposit ? Di sini tidak ada CIMB dan bank Islam. Saya cadangkan tuan tambahkan lagi bank yg boleh digunakan utk penambahan deposit (RHB rangkaian lebih luas).

     
  13. mbic

    3 September 2008 at 12:24 pm

    Saudari,

    Terlebih dahulu, kami ingin memohon maaf kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan saudari seperti yg telah diminta. Namun begitu, mengikut pengalaman kami, kebanyakan bank yang mempunyai perkhidmatan perbankan melalui internet boleh melakukan pemindahan wang melalui perkhidmatan ‘interbank transfer’ untuk memindahkan wang ke akaun bagi bank yang berbeza. Mungkin saudari boleh merujuk kpd pihak bank saudari mengenai perkhidmatan ini. Harap maaf dan terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  14. mbic

    3 September 2008 at 12:26 pm

    Saudari Mama,

    Kami akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan sebaik mungkin kpd pelanggan kami yg sentiasa menyokong kami. InsyaAllah…

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  15. mbic

    3 September 2008 at 12:38 pm

    Atas,

    Harap maaf untuk kesulitan yg telah saudara alami. Sememangnya semua yg kita rancang itu tidak akan sentiasa menjadi yang terbaik dan sempurna. Masalah seperti ini sememangnya akan timbul, tapi bukanlah selalu. Kami berharap saudara juga turut memahami situasi kami, kerana kadang-kadang perkara seperti ini berlaku bukanlah disebabkan pihak kami sahaja. Kami juga mengharapkan sistem akan sentiasa berjalan lancar, namun kita semua sedia maklum bahawa tidak semua perkara yang kita rancang sentiasa berada dalam kuasa kita, manusia biasa. Namun begitu, kami sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik pada anda semua kerana tanpa anda, siapalah kami. Terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  16. mykb

    3 September 2008 at 3:24 pm

    Tkasih dan penghargaan atas maklumbalas dr pihak tuan.. Berkenaan dgn akaun maybank tuan, kita di sini amat berharap agar akaun bank tersebut sentiasa dlm keadaan bersedia utk menerima deposit drpd para dealer terutama yg tinggal jauh dr bank lain dlm senarai syrkt. Kalau menggunakan ‘interbank transfer’ spt yg tuan sebutkan, ia agak mengambil masa dan kita tidak tahu masa duit tersebut masuk ke akaun sykt dan format sms yg macamana kita nak gunakan. Spt yg tuan sedia maklum para pelanggan(pengguna relod) mereka nak yg terbaik drpd para dealer/pengendali perkhidmatan. Semoga pihak tuan sentiasa positif dgn komen dan berjaya dlm biz ini…tkasih

     
  17. mbic

    3 September 2008 at 10:19 pm

    Saudari mykb,

    Terima kasih atas saranan saudari kpd pihak kami. Untuk pengetahuan semua dealer yg ingin menambah deposit melalui Maybank, kami di MBI COMMUNICATION sedang berusaha keras pada masa ini untuk meneruskan perkhidmatan melalui akaun Maybank kami. Pihak Maybank sendiri masih tidak mengetahui punca sebenar berkenaan kegagalan akaun kami untuk melakukan transaksi. Untuk pengetahuan semua, pihak mereka sedang bermesyuarat bagi mengaktifkan semula akaun kami seperti biasa. Diharapkan dealer-dealer bersabar dengan masalah ini, kami juga mengharapkan yg terbaik buat dealer-dealer kami semua. Kami juga sememangnya ingin akaun Maybank kami berfungsi spt biasa, kerana kami turut mengalami kesukaran disebabkan masalah ini. Anda semua janganlah bimbang, percayalah bahawa kami sedang berusaha keras untuk mengembalikan akaun Maybank kami supaya dapat beroperasi spt biasa. Terima kasih atas keprihatinan saudari pada kami. Kami amat menghargai maklumbalas daripada pelanggan-pelanggan kami sekalian.

    MBI COMMUNICATION
    -Satsifaction for Mutual Benefits-

     
  18. ansari

    7 October 2008 at 4:04 am

    Saya telah melakukan proses penambahan deposit pada pukul 9.14 pagi namun sampai sekarang pukul 12 tgh hari masih belum menerima apa-apa berita…

    Satu lagi kenapa bila saya sms kepada center sukar untuk menerima return sms.? Boleh dikatakan tak pernah dapat pun…

    harap dapat perbaiki servis

     
  19. mbic

    7 October 2008 at 7:25 am

    Saudari Ansari,

    Kesemua dealer yg ingin menambah deposit pada hari ini (7 Okt 2008 )mengalami masalah yg sama, iaitu kelewatan proses bagi urusan penambahan deposit. Ini disebabkan oleh masalah sistem tergendala yg berada di luar kuasa kami. Setelah dibaikpulih, kesemua urusan penambahan deposit dealer untuk hari ini telah diproses selepas jam 2 ptg tadi. Kami memohon maaf untuk kesukaran yg timbul dan diharapkan dealer juga turut memahami situasi kami.

    Untuk pengetahuan dealer, talian khidmat pelanggan bukanlah diurus oleh pihak kami memandangkan kami hanyalah pengedar kpd dealer-dealer sekalian. Segala urusan berkaitan dengan operasi sistem dan masalah yg disebabkan oleh sistem adalah bukan berada dalam tanggungan kami, tetapi berada di bawah pantauan pengendali sistem itu sendiri. Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satsifaction for Mutual Benefits-

     
  20. Mal

    13 October 2008 at 2:02 pm

    Salam.. Nak tanya nape saya x dpt nak bank-in modal ke akaun Maybank En.Ahmad Ajismee..?? Ada masalah ker..?? Any komen..?? TQ..

     
  21. mbic

    14 October 2008 at 6:57 am

    Wsalam
    Saudari Mal,

    Harap maaf untuk kesulitan tersebut. Untuk pengetahuan saudari, akaun Maybank kami kerap kali berlaku masalah seperti itu. Kami juga tidak mengetahui punca masalah yg sebenar kerana kami sering menerima alasan yg sering bercanggah apabila masalah ini dipersoalkan kpd pihak Maybank.

    Buat masa ini, saudari boleh menggunakan mesin deposit CIMB untuk menambah deposit saudari sementara kami meyelesaikan masalah akaun Maybank kami dgn pihak bank tersebut. Harap maaf

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  22. joble

    16 October 2008 at 1:34 pm

    aku hairan,petang tadi aku bank in wang rm 100 dalam akaun Ajisme Mohad di Maybank..tetapi dalam resit tiada dipaparkan masa ..cuma ada nombor rujukan sahaja..aku ingat nak adukan kepada bahagian khidmat pelanggan Maybank supaya mudah untuk tambah modal pada masa akan datang..

     
  23. Mal

    19 October 2008 at 2:37 am

    Salam.. kmarin sy dah pun bank-in deposit sbanyak RM200 dlm akaun En.Ajismee.. Sy dah antar sms mngikut format sms yg dah ditetapkan.. Tp smpai hari ni still x masuk lg modal ke handset sy..

    Hope dpt solve prob nie scepat mungkin.. Biz dah x jalan nie..
    TQ..

     
  24. mykb

    20 October 2008 at 6:05 am

    No akaun lama maybank Ajismee masih boleh digunakan ke?

     
  25. Ainun

    22 October 2008 at 3:25 pm

    Saya pun nak tanya soalan yg sama spt mykb di atas. Akaun CIMB Ahmad Ajismee yg lama tu boleh pakai lg tak untuk urusan penambahan deposit ni? Kenapa belum ada penjelasan lg ni..

     
  26. mbic

    24 October 2008 at 3:33 am

    Pelanggan yg dihargai,

    Buat masa ini, masih boleh digunakan. Tapi diharapkan pelanggan semua beralih kpd nombor akaun baru kami supaya proses penambahan deposit anda akan berjalan lancar tanpa sebarang kekeliruan.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  27. Ainun

    24 October 2008 at 2:53 pm

    ok terima kasih atas penjelasan. mudah-mudahan perniagaan ini akan terus berkembang maju. insyaAllah

     
  28. ummi

    28 October 2008 at 8:26 am

    Tadi saya tambah modal guna Mybnk2u….cepat betoi 4minit dah masuk modal…..Tahniah….

     
  29. abdul hamid bin yahaya

    10 November 2008 at 8:20 am

    akum saya nak tanya ttg deposit. setiap kali deposit kena masukkan nama ahmad ajismee ker?atau kena letakkan nama saya

     
  30. mbic

    11 November 2008 at 8:28 am

    Wsalam
    Saudara Hamid,

    Utk proses penambahan deposit, sila letakkan nama Encik Hamid sendiri, dan bukanlah nama Encik Ajismee kerana itu hanyalah digunakan sbg contoh sahaja. Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  31. abdul hamid bin yahaya

    19 November 2008 at 3:48 pm

    saya mencadangkan pihak mbi menambahkan masa utk deposit sehingga pukul 9 mlm

     
  32. mbic

    20 November 2008 at 1:34 am

    Saudara Abdul Hamid,

    Harap maaf kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan saudara utk menambahkan masa penambahan deposit ke jam 9 malam.

    Kami faham bahawa kebanyakan agen-agen kami juga adalah terdiri daripada individu-individu yg bekerja, namun begitu agen-agen kami semua tidak perlu bimbang kerana walaupun anda telah memindahkan wang selepas jam 5 ptg ke dalam akaun kami, namun kami tetap akan proses penambahan deposit anda pada pagi keesokan hari asalkan segala maklumat yg diberi itu benar dan tersenarai dalam semakan kami. Sekian, terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  33. hafsah

    25 November 2008 at 12:52 am

    assalm.
    boleh tak tambah deposit melalui maybank2u/ tq
    ini merupakan penamhana deposit pertama saya

     
  34. mbic

    25 November 2008 at 1:52 am

    Wsalam
    Saudari Hafsah,

    Saudari boleh melakukan penambahan deposit melalui Maybank2U. Namun, sila bank in pada jumlah seperti RM101,RM120,RM100.02,RM205 untuk mengelakkan sebarang pertindihan deposit dengan dealer lain (tidak digalakkan deposit seperti RM100,RM200 dan nilai angka genap lain). Harap maklum, terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  35. hafsah

    25 November 2008 at 6:40 am

    assalam
    saya telah ke deposit machine td utk penambahan modal. lain kali saya akan mggunakan maybank2u/ tq for the explanation.
    good luck.
    boleh saya tahu macam mana nak jdi macam en ariffudin?

     
  36. mbic

    4 December 2008 at 4:26 am

    Wsalam
    Saudari Hafsah,

    Untuk pengetahuan saudari, semua agen kami mempunyai peluang untuk menjadi seperti Encik Arifffuddin. Bergantung kpd usaha agen-agen sekalian, dan kami akan memberikan komisen yang akan sentiasa berubah, bergantung kepada tahap keaktifan agen-agen lama dalam memperkenalkan agen baru kepada kami. Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

     
  37. zahren78

    15 December 2008 at 12:52 am

    npew flexi digi ngan maxis selalu prob ekk??

     
    • mbic

      15 December 2008 at 3:02 am

      Saudara Zahren,

      Masalah dengan sistem mungkin akan timbul jika ada masalah-masalah lain seperti ketiadaan elektrik di tempat server itu ditempatkan menyebabkan kegagalan operasi sistem untuk melakukan tambah nilai kepada pelanggan. Namun begitu, sekiranya berlaku kegagalan pada sistem, pihak pengendali akan membuat selenggaraan secepat mungkin untuk mengembalikan sistem seperti biasa dan dalam keadaan baik semula. Namun begitu, tempoh proses selenggaraan tersebut bergantung kpd tahap kesulitan masalah itu sendiri. Harap maklum.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  38. mohd faizmin

    3 February 2009 at 2:51 am

    saya telah menambah modal rm50 menggunakan cimbclicks sebentar td

     
  39. norhana

    14 March 2009 at 10:27 am

    saya telah menambah deposit RM30 melalui cimbclicks pada 14.03.2009 @ 0854 dan telah membuat laporan penambahan melalui sms tetapi sampai sekarang deposit saya belum masuk lagi . . so how ?

     
  40. umi

    16 March 2009 at 4:41 am

    cik hazwanie boleh tak MBI wat sistem akad sbb semua sistem MBI dah ada ciri2 islamik cuma akad je tak de…saya harap sangat cik hazwanie dapat tolong saya boleh tengok laman ustaz bab MLM http://www.zaharuddin.net

     
  41. samsudin

    16 March 2009 at 11:14 am

    salam..pada 150309@1102, saya telah mendepositkan duit sebanyak $40 di CIMB tetapi apabila deposit masuk pada 160309, saya cuma dapat $30..kenapa ini berlaku?

     
  42. abang senawi

    17 March 2009 at 1:05 am

    kenape sejak kebelakangan ni, penambahan deposit lewat diterima??? dulu tak sampai 8 minit dah masuk..sekarang kena tunggu sampai 4 hingga 5 jam..

     
    • MBI Communication

      18 March 2009 at 4:29 am

      Saudara Abg Senawi,

      Sememangnya minggu lepas terdapat sedikit kesulitan pada pihak kami untuk memproses penambahan deposit dealer-dealer kami seperti hari-hari biasa. Hal ini kerana Saudara Ajismee dan Puan Hazwanie melangsungkan perkahwinan pada 13.03.09 hingga 15.03.09, yang mana kami tidak ada pekerja ganti untuk menguruskan proses penambahan deposit kepada dealer-dealer kami. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang telah timbul. Hari ini kami telah beroperasi seperti biasa, InsyaAllah masalah seperti itu tidak akan timbul lagi selepas ini sekiranya tiada apa-apa yang menghalang. Harap maklum dan mohon maaf buat dealer-dealer semua.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  43. abang senawi

    18 March 2009 at 4:41 am

    a’kum..Tahniah kpd pengantin baru.

     
  44. zul_gua musang

    27 March 2009 at 5:02 am

    Tahniah wat encik ajismee…semoga berkekalan…

     
  45. zainab

    6 August 2009 at 3:13 am

    saya student udm…blh x utk tambah nilai..saya pergi bg cash dkt pjbt kt cafe nasibah 2?dan saya ada dgr cite ada akaun bank islam utk kitaorang bank in duit?btl ke?

     
    • MBI Communication

      6 August 2009 at 5:06 am

      Salam
      Saudari Zainab,

      Ya, saudari boleh ke Cafe Nasibah untuk membuat penambahan deposit anda. Wang tersebut hendaklah diserahkan kpd kakitangan kami yang bertugas di sana. Untuk nombor akaun Bank Islam kami, anda bolehlah mendapatkannya melalui sms ke nombor 0139987499. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  46. Wan Mohamad Izwan

    8 September 2009 at 11:09 am

    Salam, sy nak tanya.. kalau kita deposit duit rm 100 n dalam masa yang sama baki deposit kita masih lagi ada, contohnya 20 ringgit. boleh ke??

     
    • MBI Communication

      8 September 2009 at 11:45 am

      Boleh…

       
  47. Wan Mohamad Izwan

    15 September 2009 at 5:26 am

    so maknanya tiada limit la untuk amaunt deposit??

     
  48. ainun

    22 October 2009 at 11:48 am

    hari ni saya telah masukkan deposit ke akaun en ajismee sebanyak rm50. Tapi bila dpt respons dari pihak OMX, amount transfer cuma rm49.50. Mana pergi 50sen lg tu? ada charge servis ke sekarang ni?

     
  49. ainun

    22 October 2009 at 11:57 am

    sory, saya baru terbaca makluman di atas: ** bagi penambahan modal/deposit yang kurang daripada RM 51.00 akan dikenakan caj 50 sen. Dan sekiranya Agen/Dealer membuat penambahan RM 51.00 dan ke atas TIDAK DIKENAKAN apa-apa caj. Tak perasan makluman tu…

     
  50. lina

    7 November 2009 at 2:16 am

    saya ada bank in modal di cimb……06/11/09 @ 14:15, RM400….kenapa sampai sekarang x approve lg???

     
    • MBI Communication

      7 November 2009 at 3:10 am

      Waktu bagi penambahan deposit:

      * Sabtu – Khamis : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

      * Jumaat : 9.00 pagi hingga 1.00 petang sahaja

      * Cuti Umum : TUTUP

      Harap maklum dan terima kasih

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  51. ummi

    7 April 2010 at 10:30 am

    saya dpt msg untuk DAFTAR AHLI baru dan msg tersebut sy hantar kpd en.ajismee…. apabila en.ajisme minta slnn resit.. baru dapat tahu maklumat bank palsu….jd harap en ajisme berhati sbb sy dah dpt 2 org yg nak daftar ahli palsu….

     
  52. kee

    12 April 2010 at 9:32 am

    salam…..ble lah tahan servis kamu…thanks…tapi x da ka, digi di bawah rm10?bg ada lah, bnyak permintaan ni

     
    • MBI Communication

      12 April 2010 at 11:47 am

      Wsalam
      Saudara Kee,

      Utk pengetahuan saudara, kami turut menyediakan pin Digi RM5 (diskaun 1%). Untuk langkah-langkah mendapatkan pin Digi RM5, encik boleh rujuk di halaman utama blog kami, atau menghubungi saudara Gmie di 0179691363. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  53. MatZuhdi

    30 December 2010 at 2:52 pm

    nak tnye..kalo nk bank in sye kne bukak akaun bank cimb ke?
    untuk penambahan modal..saya perlu tulis no telefon saya ke selepas nama saya?

     
    • MBI Communication (TR0101194-X)

      1 January 2011 at 10:27 am

      Saudara Mat Zuhdi,

      Kami menyediakan akaun Maybank dan CIMB untuk penambahan modal agen. Sekiranya encik tiada akaun CIMB, encik bolehlah menambah modal melalui akaun Maybank kami. Untuk penambahan modal juga encik perlulah menyatakan nama penuh encik, no tel encik yang telah didaftarkan dengan kami, nama bank yang encik gunakan untuk bank in, tarikh beserta masa (pada slip bank) dan juga jumlah yang telah encik bank in kan ke akaun kami. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  54. m.khairo

    3 January 2011 at 4:32 pm

    salam….camner kalo nk buat penambahan modal melalui maybank2u dan camner format nk hntar ke ajismee

     
    • MBI Communication (TR0101194-X)

      3 January 2011 at 4:36 pm

      Wsalam
      Saudara Khairo,

      Format sms sama sahaja seperti yang ditunjukkan di atas, cuma letakkan nama ‘Maybank’ di dalam sms tambah modal anda. Hantarkan maklumat-maklumat tersebut ke no 0139987499 sahaja untuk penambahan modal. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

       
  55. m.khairo

    4 January 2011 at 8:01 am

    terima kasih di atas maklumat yg pihak anda berikan……..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers