4.1) SENARAI HARGA PRODUK (E-Reload)

 

UPDATE TERBARU : 29 September 2016

Terdapat perubahan harga pada kesemua produk Celcom. Untuk makluman, semua produk Celcom ditolak pada harga diskaun untuk agen sebanyak 4% seperti berikut:

C5 – harga modal RM 4.80

C10 – harga modal RM 9.60

C20 – harga modal RM 19.20

C30 – harga modal RM 28.80

C50 – harga modal RM 48.00

C100 – harga modal RM 96.00

*** Harga agen untuk produk-produk lain masih SAMA ***

LIST

Lain-lain produk sekiranya tidak disenaraikan di atas, agen-agen bolehlah menghubungi ADMIN : 013-9987499

30 Responses to 4.1) SENARAI HARGA PRODUK (E-Reload)

  1. Salam….sy berbangga dengan ada perniagaan ini…..sy sudah pon menyertai perniagaan ini.Semoga perniagaan kita ini di berkati oleh Allah .

  2. mbic says:

    Wsalam

    Terima kasih atas sokongan saudara Abdul Rani kpd kami. Bersama-sama lah kita berusaha mencari sumber rezeki yg halal utk faedah bersama. Kami berharap semoga saudara berpuas hati dengan mutu perkhidmatan kami.

    Terima Kasih,
    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  3. Rahman says:

    Assalaamualaikum w.b.t.
    Saya dapati, reload digi agak bermasalah. Kekerapan berlaku kegagalan utk reload. Adakah ini disebabkan oleh server MBI atau digi sendiri? Maxis dan celcom, setakat ni belum ada lagi yang gagal….

  4. mbic says:

    Wsalam,

    Utk pengetahuan encik Rahman, semalam syarikat telah kehabisan stok digi. Disebabkan itulah gagal utk transaksi digi. Namun, syarikat telah menambah kembali stok digi pada hari ini. Sebenarnya pihak digi memberi kuota tertentu kpd syarikat-syarikat bagi memastikan kestabilan harga pasaran digi. Dealer-dealer sudah boleh membuat jualan utk produk digi bermula pada hari ini, segala maklumat berkenaan kehabisan stok digi utk bulan ini akan diberitahu kelak. Terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  5. Zainol bin Ismail says:

    Macam mana nak pindah dana topup kepada rakan yang sudah jadi ejen

  6. mbic says:

    Saudara Zainol,
    Seperti yg telah kami makluman sebelum ini, kami bukanlah syarikat yg menjalankan perkhidmatan tambah nilai berbentuk multilevel marketing. Oleh sebab itu, agen-agen yang ingin menambah deposit hendaklah bank in terus ke akaun syarikat untuk penambahan deposit yg seterusnya.Harap Maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  7. mykb says:

    1. adakah pihak agen boleh login utk melihat profilnya sendiri dan segala transaksi dlm web sykt?

    2. mengapa akaun menggunakan nama perseorangan dan tidak menggunakan atas nama syarikat? Bukan apa, kita rasa was2 kerana ia melibatkan duit?

  8. mbic says:

    Salam,
    Berikut adalah jawapan-jawapan bg soalan Saudara mykb:-

    1. Buat masa ini, syarikat masih belum mampu untuk membina laman web perseorangan kpd setiap agen-agen kami. Namun begitu, sekiranya terdapat apa-apa masalah dalam perkhidmatan, kami mempunyai talian customer services yg beroperasi sehingga jam 10.00 mlm pada setiap hari. Segala permasalahan yg timbul, dealer boleh lah merujuk kepada talian customer services kami.

    2. Untuk pengetahuan saudara, MBI Communication masih belum mempunyai nombor akaunnya sendiri disebabkan beberapa masalah yg tidak dapat dielakkan. Namun begitu, kita sama-sama tahu bahawa kita sesama ISLAM sendiri tahu segala hukum hakam yg telah ditetapkan oleh ALLAH SWT dalam menjalani kehidupan seharian, termasuklah dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Segala yg kita lakukan di atas dunia ini akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk di akhirat kelak. Kami di MBI Communication sememangnya sentiasa berusaha mencari rezeki halal, mengikut jalan yg diredhai-Nya serta ikhlas untuk bersama-sama membantu antara sesama muslim. Namun begitu, tidak salah sekiranya saudara bertanya kerana seperti yg kita tahu, banyak perkara yg terjadi dalam dunia akhir zaman ini.Diharapkan jawapan-jawapan kami ini menjawab kpd persoalan saudara.

    Terima Kasih,
    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  9. mayel555 says:

    Assalamualaikum
    Macamni lah berniaga. Halal, telus, jelas, tidak menipu, adil.
    Tapi kalau boleh urusan penambahan modal dipercepatkan untuk kebaikan semua. Setuju tak?

  10. mbic says:

    Wsalam
    Saudara mayel555,

    Terima kasih kerana menyokong kami di sini. Untuk urusan penambahan modal, kami sentiasa berusaha untuk mempercepatkan urusan penambahan deposit ke akaun pelanggan-pelanggan kami yg dihargai sekalian.

    Namun begitu, untuk pengetahuan pelanggan sekalian, kebanyakan kami di MBI COMMUNICATION ini terikat dgn banyak tanggungjawab lain kerana kami adalah kakitangan kerajaan. MBI COMMUNICATION ini adalah sumber rezeki tambahan pendapatan kami yang diuruskan secara separuh masa.

    Oleh sebab itu, kebanyakan dari anda selalu menghadapi masalah dalam urusan penambahan deposit. Kami memohon jutaan maaf daripada pelanggan-pelanggan sekalian sekiranya ada kalanya kami terlambat untuk menguruskan penambahan deposit anda. Sememangnya kami juga sentiasa berusaha untuk mengelak rungutan yg timbul daripada dealer-dealer kami dan kami mengharapkan supaya anda juga memahami situasi kami di sini.

    Kesukaran berlaku apabila berlaku masalah-masalah seperti ketiadaan slip ATM, talian internet down dan beberapa masalah lain yg berada di luar kawalan kami. Kami amat memohon kerjasama daripada pelanggan-pelanggan kami untuk memahami dan sentiasa menyokong kami di sini.

    Terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan anda terhadap kami di MBI COMMUNICATION. Kami sentiasa berpegang kpd moto kami SATISFACTION FOR MUTUAL BENEFITS, kepuasan utk faedah kita bersama.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  11. syuhada says:

    kenapa tidak buat data backup untuk topup italk yang tidak terus masuk ke dalam nombor.ini menyukarkan kami sekiranya terpadam nombor topup tersebut.

  12. mbic says:

    Saudari Syuhada,

    Sistem kami memang tidak mewujudkan sistem yg seperti saudari cadangkan.

    Utk pengetahuan saudari, pihak TELEKOM MALAYSIA sendiri pun tidak membina sistem seperti itu kerana perkara itu jarang berlaku, melainkan disebabkan kelalaian seseorang individu itu sendiri. Setelah menerima no pin daripada sistem server, adalah menjadi tanggungjawab dealer itu sendiri untuk menyimpan no pin itu secara selamat. Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  13. sudin says:

    saya sering menerima sms dari pihak tuan supaya menukar ke nombor digi, 016, sekarang ini saya menggunakan nombor celcom. 019. Boleh terangkan kenapa?. sekadar utk dikongsi bersama maklumat ini.

  14. mbic says:

    Saudara Sudin,

    Menjawab kpd persoalan pertukaran kepada no Digi, tujuan sebenar pihak kami menggalakkan dealer-dealer bertukar kpd nombor Digi adalah untuk memberi perkhidmatan yg lebih baik kpd pelanggan kami. Hal ini adalah kerana kadar penggunaan nombor gateway Celcom dan Maxis adalah sgt tinggi, yg mana akan menyebabkan kelewatan penerimaan laporan daripada server kami kpd anda semua. Namun begitu, penggunaan nombor gateway Digi adalah sangat rendah, disebabkan itulah pihak syarikat menggalakkan dealer bertukar kpd Digi supaya masalah kelewatan laporan dapat dikurangkan. Bukan bermakna apabila anda bertukar ke nombor Digi, anda tidak dapat melakukan transaksi Celcom dan Maxis kpd pelanggan anda. Ini adalah untuk melaraskan kadar penggunaan gateway Digi dgn dua nombor gateway Celcom dan Maxis itu.

    Untuk makluman semua, TIADA CAJ yg akan dikenakan oleh pihak kami sekiranya pelanggan yg sedia ada ingin melakukan pertukaran nombor kpd Digi kerana arahan ini datang drpd syarikat sendiri, dan bukan atas permintaan persendirian drpd pelanggan kami. Mana-mana dealer yg masih menggunakan gateway Celcom dan Maxis, anda masih boleh menggunakannya seperti biasa, cuma anda akan menghadapi sedikit masalah kelewatan penerimaan laporan daripada gateway Celcom dan Maxis kami.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  15. saya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai topup iTalk.saya sudah cuba beberapa kali tetapi hanya sekali sahaja yang bleh topup untuk italk dalam 24jam walaupun menggunakan format nombor 0121234567…jadi kalau semua agen hendak topup dalam amaun yang sama dalam 24 jam xblehla?harap mendapat penjelasan dari admin..kerjasama anda amat dihargai..

    -yie-p.kesihatan

  16. mbic says:

    Saudara Shamsuri,

    Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf atas kelewatan untuk respon kpd persoalan saudara ini disebabkan masalah tertentu.

    Untuk topup italk, saudara boleh memesan no pin dengan menggunakan nombor yg berbeza-beza (spt no.sendiri atau no.pelanggan) sehinggallah berjaya. Saudara tidak perlu khuatir kerana walaupun no. pelanggan yg diletakkan semasa memesannya, namun no pin itu tetap akan dihantar ke no. telefon saudara yg telah didaftarkan dengan kami. Harap maklum dan terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  17. Muhammad says:

    Assalamualaikum wbt.

    Pertanyaan: Baki akaun RM90.50 untuk jualan RM10.00. TETAPI Adakah tidak jua topup kita akan kehilangan RM0.20 untuk membuat pesanan tersebut?

    Terima kasih…Wassalam

    • mbic says:

      Wsalam
      Saudara Muhammad,

      Sistem hanya akan menolak harga kos untuk setiap tambah nilai yg dipesan tanpa mengenakan lain-lain caj tersembunyi. Cuma, baki akaun ke udara anda yg akan ditolak sebanyak 1sen setiap kali sms dihantar ke server kami. Harap maklum.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

  18. Muhammad says:

    Assalamualaikum wbt.

    Saya percaya saya tersilap. Ini kerana saya ada baca blog dimana satu prepaid MLM lain menyembunyikan caj tersembunyi. Saya berminat untuk join tapi belum ready dengan website. Terima kasih.

  19. zahren78 says:

    askum…sje nk bertnya kalau deposit kn wang pada malam hari sebelum pukul 10 mlm kna tunggu sampai esok jugak ke??
    ataupn dapat hari tersebut jugak?

    • MBI Communication says:

      Wsalam
      Saudara Zahren,

      Utk pengetahuan saudara, waktu akhir penambahan deposit pada setiap hari (kecuali Jumaat) adalah pada jam 5 ptg. Oleh yang demikian, penambahan deposit oleh agen ke akaun bank kami yg telah dilakukan melebihi waktu yg telah ditetapkan (iaitu jam 5 ptg), akan diproses pada keesokan hari. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

  20. nurul says:

    salam.
    saya baru 2 bulan menjadi agen topup.
    boleh ke sy ajak kwn join mbi ni?

  21. ady221 says:

    **~~^^SELAMAT PENGANTIN BARU-AJISMEE**~~^^
    Semoga diberkati ALLAH hendaknya dan berbahagia hingga keanak cucu. semoga servia bertambah baik selepas kahwin.Amin.

  22. ladybob85 says:

    salam, saya nak tanya…. kenapa kebelakangan ni no topup yg sy hantar kenapa tak ada respon? mesej kat fon sy dah delevry…tapi masih tah ada respon….. server no digi yg sy selalu hantar….

    • MBI Communication says:

      Wsalam
      Saudari Ladybob85,

      Mungkin terdapat sedikit masalah akaun saudari dengan sistem. Untuk mengelakkan masalah ini dari terus berlaku, saudari perlulah sms sendiri kepada en Ajismee di 0139987499, supaya kami dapat update akaun saudari. Harap maklum.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

  23. ladybob85 says:

    update macam mana? boleh mbi communication bagi tahu? tq…..

    • MBI Communication says:

      Saudari Ladybob85,

      Kami akan update akaun saudari supaya saudari boleh membuat transaksi kepada pelanggan seperti biasa. Harap maklum.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

      • ladybob85 says:

        Terima Kasih….. MBI COMMUNICATION…… sy berharap mbi akan terus berkembang MAJU…..

  24. nasrul naim says:

    salam..sy nk bertya semalam sy ada membuat reload maxis& celcom kpda pelanggan tetapi sy dapati reload tersebut tidk masuk.tapi sy tdk mendpt apa2 msj dari pihak tuan yg menyatakan reload tersebut gagal.knpa.blh bg keterangan.

    • MBI Communication says:

      Wsalam
      Saudara Nasrul Naim,

      Untuk memudahkan kami membuat semakan akaun saudara, disarankan agar saudara menghubungi pihak kami sendiri di 0139987499, samada melalui sms atau panggilan terus. Ini kerana adalah agak sukar bagi kami untuk menyelesaikan masalah seperti ini di sini kerana kita sendiri belum pasti samada topup tersebut telah masuk ke akaun pelanggan saudara itu ataupun tidak. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s