HUBUNGI KAMI

1) Pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan :

017-969 1363 (Gmie)

2) Pertanyaan mengenai easyreload (pendaftaran,produk,tambah modal):

013-998 7499 (whatsapp dan sms sahaja)

LOKASI : –

1) MBI COMMUNICATION
No. 3 Aras Bawah Kompleks Siswa,
Universiti Malaysia Terengganu,
21300 Kuala Nerus, Terengganu.

2) Lot 2, Taman Usahawan Muda Pelajar UniSZA (TUMPU),
UniSZA Kampus Gong Badak
,
21300 Kuala Nerus, Terengganu.

Untuk masalah berkaitan penambahan deposit, hubungi pihak MBI sendiri samaada melalui sms atau telefon di talian 0139987499 (10.00pg hingga 5.00ptg)
Facebook Profile : MBI Comm
Halaman Facebook : MBI Communication

 

E-mel       : mbi.reload@gmail.com

53 Responses to HUBUNGI KAMI

  1. Abdul Rahman bin Usop says:

    Assalaamualaikum w.b.t.
    Bagaimana cara untuk reload iTalk?
    Saya cuma diajar cara reload utk maxis, celcom dan digi sahaja. Terima kasih.

  2. mbic says:

    Wsalam.

    Kod Produk utk iTalk = IT

    Format pesanan transaksi sama seperti yg lain,cuma tukar kod produk seperti di atas dan masukkan nilai yang dikehendaki.
    Terima Kasih

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  3. Ahmad Tamizi says:

    Saya telah diperkenalkan oleh seorang rakan mengenai perkhidmatan MBI-reload tetapi kurang pasti bagaimana format arahan SMS setelah mendepositkan wang pendaftaran sebanyak RM35 tersebut.Terima kasih.

  4. mbic says:

    Saudara Tarmizi,
    Utk pengetahuan saudara, RM35 yg saudara telah bank in itu hanyalah sebagai yuran pendaftaran dengan syarikat. Utk membuat transaksi, saudara perlulah bank in duit sebagai deposit (modal) yang lain. Seterusnya, duit yang encik bank in itu akan dipindahkan ke akaun encik sbg modal utk menjual tambah nilai kpd pelanggan. Format SMS akan diberitahu setelah akaun deposit encik berjaya ditambahkan.

    Terima Kasih,
    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Satisfaction-

  5. Rahman says:

    Kemusykilan sedikit. Setiap kali kita membuat reload utk pelanggan, agen juga dikenakan caj min RM0.30 setiap transaksi tidak termasuk caj ke server. Jika begini, di mana keuntungan untuk agen?

  6. mbic says:

    Saudara Rahman,

    Sebelum kami menjawab soalan encik, terlebih dahulu kami ingin bertanya, adakah encik menggunakan talian postpaid bagi no telefon yg telah didaftarkan? Sekiranya encik menggunakan postpaid, ada kemungkinan berlaku masalah seperti itu. Namun begitu, masalah sedemikian TIDAK PERNAH berlaku pada agen-agen kami yg menggunakan prepaid. Berdasarkan prosedur perkhidmatan kami, kami langsung tidak mengenakan caj lain bagi setiap transaksi, melainkan caj penghantaran ke nombor server iaitu RM0.01 bagi setiap transaksi. Jika anda menggunakan prepaid, sila aktifkan no server ke dalam senarai 8pax@active 10@friends&family, barulah caj transaksi hanya dikenakan sebanyak 1 sen. Sekiranya masalah seperti ini berlarutan, sila hubungi kami di 0139987499 untuk proses semakan semula akaun Saudara Rahman. Harap maklum

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  7. Rahman says:

    Saya memang menggunakan postpaid. Adakah pengguna postpaid tidak sesuai utk program ini?

  8. mbic says:

    Saudara Rahman,

    Bukanlah bermaksud kami berkata bahawa ianya tidak sesuai dgn pengguna postpaid, namun begitu masalah cas transaksi yg agak tinggi apabila menggunakan postpaid membuatkan sukar untuk encik mendapat untung.

    Melainkan jika encik membeli nombor telefon prepaid lain untuk digunakan untuk menjual tambah nilai kpd pelanggan. Dengan menggunakan akaun prepaid, encik boleh mengaktifkan nombor server di dalam senarai 8pax(celcom), atau friends&family(digi), atau active 10(maxis). Dengan itu, encik hanya akan dicas sebanyak 1sen untuk setiap transaksi yg dihantar ke no server kami.

    Sekiranya encik berminat untuk menukar no telefon postpaid encik kpd no telefon yg menggunakan prepaid, kami hanya akan mengenakan cas sebanyak RM5 bagi proses penukaran no telefon lama ke no telefon yg baru. Seterusnya, encik boleh melakukan urusniaga spt biasa, hanya dgn kadar 1sen bagi setiap transaksi ke server. Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  9. Rahman says:

    Terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Insyaallah saya akan register kemudian untuk no prepaid.

  10. mayel555 says:

    Kenapa tak jual Njoy? Bagus untuk call overseas. Rate lagi murah dari i-talk

  11. mbic says:

    Saudara Mayel555,

    Produk-produk yg disediakan dalam syarikat kami ini bergantung kpd permintaan semasa dalam pasaran. Jika tinggi permintaan untuk sesuatu produk lain, maka kami akan mengeluarkan perkhidmatan tambah nilai untuk produk itu. Disebabkan tidak ramai yg menggunakan Njoy, jadi kami tidak mengeluarkan sebarang perkhidmatan bagi produk Njoy buat masa ini.

    Namun begitu, tidak mustahil jika suatu hari nanti produk Njoy akan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran, dan kami juga akan mengeluarkan perkhidmatan tambah nilai bagi produk tersebut. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas saranan anda kpd kami dan kami amat menghargai respon daripada pelanggan-pelanggan kami semua.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  12. Rahman says:

    Saya kurang pasti, seorang kawan saya berbangsa India ingin menyertai perniagaan ini. Boleh atau tidak?

  13. mbic says:

    Saudara Rahman,

    Jawapannya boleh. Komisen sebanyak RM10 akan diberi kpd anda setelah anda memperkenalkan ahli baru. Terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  14. Rahman says:

    Saya telah membuat pendaftaran ajen baru atas nama Rajesh, no tel 0123986471. Saya buat transfer account CIMB Abdul Rahman bin Usop ke acc en ajismee pada 16-Sep-2008 12:29:00 I-FUNDS TRF
    TO:13020113117520 135.00. Harap dapat menyegerakan pendaftarannya.Tq

  15. mykb says:

    Mengapa setiap kali penambahan deposit dilakukan pihak syarikat menyatakan supaya dealer menukar ke no digi? Yang terbaru ialah penukaran ke no digi hendaklah dilakukan selewat-lewatnya hingga hujung bulan ini. Saya rasa pihak tuan dah tahu perkara ini… Ini bermakna semua dealer yg menggunakan no celcom dan maxis dikehendaki menukar ke no digi? Mengapa pihak MBI tidak memaklumkan perkara dgn lebih awal?

  16. Ainun says:

    U mobile (018) tak ada ke? ada juga pelanggan tanya..

  17. wan786 says:

    Saya setuju dengan mykb di atas. Saya untung belum dapat lagi sebab ramai kat tempat saya ramai yang pakai digi, ini pula kena tukar nombor dan ia perlu dibayar RM5 utk kos pertukaran no. Sedangkan ia bukan masalah dealer2. Tolng jawab, biar semua dealer faham..Ataupun ini adalah helah mbic untuk mengaut keuntungan drp dealer2? Jawab jgn tak jwb..

  18. Rahman says:

    sekiranya downline saya sponsor org, adakah saya juga akan mendapat bonus sponsornya tu?

  19. azam says:

    Betul ke semua dealer kena tukar ke no digi selewatnya2 hujung bulan ni? Kalau betul susahla mcm ni. Dah la no digi susah nak dapat topup bila customer minta. Saya harap sgt2 pihak syarikat tidak mewajibkan dealer guna no digi. Tolong jelaskan perkara ini. Saya sebenarnya duk tunggu je respon untuk soalan dari sedara mykb di atas tapi dah 2 hari pihak syarikat tak jawab pun soalan mykb tu..

  20. mbic says:

    Salam
    Pelanggan-pelanggan yg dihargai,

    Terlebih dahulu, pihak syarikat ingin memohon maaf drp pelanggan sekalian untuk semua kekeliruan yg telah timbul. Kelewatan respon drp pihak kami ini adalah kerana pihak kami sudah beberapa hari tidak menjenguk ke blog kami disebabkan masalah tertentu. Senarai 5 Dealer Teraktif juga masih belum dikemaskini untuk minggu lepas.

    Menjawab kpd persoalan pertukaran kepada no Digi, tujuan sebenar pihak kami menggalakkan dealer-dealer bertukar kpd nombor Digi adalah untuk memberi perkhidmatan yg lebih baik kpd pelanggan kami. Hal ini adalah kerana kadar penggunaan nombor gateway Celcom dan Maxis adalah sgt tinggi, yg mana akan menyebabkan kelewatan penerimaan laporan daripada server kami kpd anda semua. Namun begitu, penggunaan nombor gateway Digi adalah sangat rendah, disebabkan itulah pihak syarikat menggalakkan dealer bertukar kpd Digi supaya masalah kelewatan laporan dapat dikurangkan. Bukan bermakna apabila anda bertukar ke nombor Digi, anda tidak dapat melakukan transaksi Celcom dan Maxis kpd pelanggan anda. Ini adalah untuk melaraskan kadar penggunaan gateway Digi dgn dua nombor gateway Celcom dan Maxis itu.

    Untuk makluman semua, TIADA CAJ yg akan dikenakan oleh pihak kami sekiranya pelanggan yg sedia ada ingin melakukan pertukaran nombor kpd Digi kerana arahan ini datang drpd syarikat sendiri, dan bukan atas permintaan persendirian drpd pelanggan kami. Mana-mana dealer yg masih menggunakan gateway Celcom dan Maxis, anda masih boleh menggunakannya seperti biasa, cuma anda akan menghadapi sedikit masalah kelewatan penerimaan laporan daripada gateway Celcom dan Maxis kami.

    Saudara Mykb, pihak syarikat telah memaklumkan kpd dealer-dealer semua melalui sms yg diterima daripada gateway kami. Mengikut pengetahuan kami, kami telah memaklumkan maklumat ini sejak dari tempoh sebulan yg lepas.

    HARAP MAKLUM

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  21. mbic says:

    Saudara Rahman,

    Untuk pengetahuan saudara, syarikat hanya akan memberikan komisen hanya kpd agen yg telah memperkenalkan individu baru itu. Seperti yg telah kami maklumkan sebelum ini, kami bukanlah syarikat pengendali sistem multilevel marketing spt sesetangah syarikat lain.Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  22. mykb says:

    Tuan/puan admin yg dihormati,
    Kekeliruan ini timbul apabila maklumat yg pihak tuan sampaikan seolah-olah no celcom dan mxs tidak dpt digunakan lagi utk membuat sebrg transaksi dan mewajibkan dealer menukar ke no digi (yg susah bagai nak rak dpt reload tu). Digi dahlah kedekut nak bagi komisen yg banyak kpd dealer, pihak tuan pula galakkan kami gunakan no tu. Macam berpakat je..(sori sangka buruk..). Sepatutnya pihak tuan menghargai dealer yg menggunakan celcom dan mxs kerana mereka penyumbang terbesar dlm perolehan syrkt. Pelanggan2 kita 98.99% adalah pengguna celcom, 1% mxs dan 0.01% dg (pasal dg susah nak rlod)…Oleh yg demikian saya cadangkan pihak tuan tambahkan lagi gtway utk celcom..tak pe lah tambah modal sikit utk tmbahkan lagi keupayaan (..dan keuntungan) dan pihak kami secara tidak langsung mempromosi MBI sebg yg terbaik…TQ

  23. mbic says:

    Saudara Mykb,

    Terima kasih untuk pandangan saudara kpd kami. Kami akan mempertimbangkan cadangan saudara. Terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  24. mbic says:

    Saudari Ainun,

    Untuk pengetahuan semua, pihak U-Mobile(018) dan XOX(010) masih belum mendapat permit pelepasan untuk memasuki kawasan di Pantai Timur buat masa ini. Disebabkan itulah perkhidmatan U-Mobile dan XOX masih tiada dalam perkhidmatan kami buat masa ini, tetapi InsyaAllah akan diperolehi setelah mereka mendapat keizinan dari Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi.Harap maklum.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  25. azam says:

    Baru puas hati. Dah terjawab pun kekeliruan. Ingatkan dealer yg guna no celcom n maxis mesti tukar juga ke no digi . Oklah kalau masih boleh gunakan no lama. Terima kasih atas penjelasan..

  26. mbic says:

    Saudara Azam,

    Sama-sama. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberi respon kpd semua komen-komen yg telah diterima drpd pelanggan kami, memandangkan anda semua adalah aset penting kami. Terima kasih kerana setia bersama kami di MBI COMMUNICATION.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  27. malik hanafi says:

    hidup kusza…aku pn dulu bks student kuza gak…aku pnh try mymode.tp untung x byk…hrp2 aku join ni,brtmbh murahlah rezki ku…insya-Allah

  28. azrul says:

    salam…

    so far ok cume sometimes server lambat sgt nak reply jd customer terpakse tunggu lame skit…harap dapat di upgrade lagi supaye segala urusan kami dapat brjalan ngan lancar…time kasih…

  29. azrul says:

    salam…

    trime kasih MBI communication kerana setakat nie saya berpuashati dgn servis yang diberikan. baru 3 hari mencuba tapi sambutan menggalakkan. cuma untuk reload digi saje yang selalu bermasalah, selalu kehabisan stok…pagi o.k petang k.o…tapi takpe lah lagipun 1% je. saya harap MBI akan sentiasa mengupgrade system supaya biz ini akan terus berpanjangan.

    tq

  30. mbic says:

    Pelanggan sekalian,

    Terima kasih kerana setia menyokong kami di sini. Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan kalian semua. Semoga kita akan sama-sama terus berjaya dalam perniagaan ini. Terima kasih.

    MBI COMMUNICATION
    -Satisfaction for Mutual Benefits-

  31. askum,sy nak tnya xbleh ke sy menghantar format bank in tambah modal ke no maxis?ini kerana sy memakai no maxis dan bila hantar ke no celcom sy terpksa menanggung kos sehinnga 15sen per sms berbanding no maxis.harap dapat meringankan bebean sy,terima kasih

  32. ena says:

    sy nk tny ngn phak MBI ne apsal korg sllu lmbt respond ngan sms dr agent. 4 exmple, ble sy tny ’bout modal sy yg sllu lmbt msuk.. suh msuk b4 jam 5(sbtu-khmis) n b4 jam1ptg (jumaat? utk mgelakkan kelewatan tmbhn modal kn??? tp it’s still d same.. modal sllu lmbt msuk..HERAN!
    then, np erk ble kol en ajisme die sllu off hp?? modal sy dr kmarin ag xmsuk2???nk amik duit agent ke???(sorry if sy slh sngka but dis probz always happen n it make me dissapoint as the MBI motto is SATISFACTION FOR MUTUAL BENEFITS. but it doesnt seem like that! could u tell me what’s going on????

  33. daniel says:

    if MBI is really good np sllu de prob…
    and, why some comment kne tapis?? tkut org lain taw mslh MBI ne kew???

  34. ena says:

    aik np comment sy di delete??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

  35. MBI Communication says:

    Pelanggan yang dihargai,

    Kami telah bercuti sepanjang 12.03.09 hingga 15.03.09 yang lepas bersempena perkahwinan saya dan Saudara Ajismee. Kami tidak mempunyai pekerja pengganti yang boleh menguruskan penambahan deposit ini, yang mana mereka tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab ini.

    Disebabkan itu, kami terpaksa menguruskannya sendiri walaupun kami terlampau sibuk dengan persiapan perkahwinan kami. Kami amat mengharapkan dealer-dealer kami turut memahami situasi kami pada minggu lepas, dan juga amat berharap supaya delaer-dealer kami tidak mudah melatah dan menganggap buruk kpd kami.

    Kami memohon ribuan maaf kepada mana-mana dealer yang tidak berpuas hati dengan kami. Kami tidak pernah merasa kami yang terbaik, namun kami sentiasa mencuba untuk memberi yang terbaik kpd agen-agen kami. Diharapkan dengan respon ini, agen-agen semua berpuas hati dan berhenti dari bersangka buruk kpd kami, kerana bersangka buruk itu adalah ditegah dalam Islam.

    Kami sudah beroperasi seperti biasa pada hari ini, InsyaAllah semuanya akan kembali normal selepas ini sekiranya tiada apa-apa yang menghalang kami. Sekian,

    Salam ikhlas,
    Nor Hazwanie Mohd Fadzil & Ahmad Ajismee Mohad
    MBI COMMUNICATION

  36. azman says:

    salam. ada masalah bila dah topup lepas 2 hari customer datang kata toput tak masuk. time tu nak cek pun dah lupa dan senarai pun dah delete. mbi ada tak sediakan data untuk deler periksa senarai transaksi.

    • MBI Communication says:

      Wsalam
      Saudara Azman,

      Untuk pengetahuan Encik Azman, kami menyediakan perkhidmatan semakan laporan transaksi serta perkhidmatan internet kepada semua agen kami.Untuk pengaktifan akaun internet encik, encik bolehlah sms kepada 0139987499 supaya kami dapat mengaktifkan akaun internet saudara. Namun begitu,perlulah diingat supaya semua agen dikehendaki menukarkan no pin yang diberi ke no pin pilihan sendiri untuk mengelakkan sebarang kesulitan di masa akan datang. Harap maklum.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

  37. azman says:

    hmmmm kena duit ka bila aktifkan akaun internet nih??

    • MBI Communication says:

      Saudara Azman,

      Kami tidak mengenakan apa-apa caj untuk pengaktifan akaun internet agen-agen kami. Harap maklum.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

  38. mohamad says:

    macamana format sms untuk tanya masalah topup pelanggan x masuk tapi jumlah dlm akaun kita dipotong?

    • MBI Communication says:

      Saudara Mohamad,

      Tidak wujud apa-apa format sekiranya berlaku sebarang masalah seperti topup tidak masuk ke akaun pelanggan atau lain-lain masalah. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan teruslah hubungi kami di talian seperti yang telah dinyatakan seperti di atas. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

  39. farid firdaus says:

    salam…
    sye brminat untuk brniaga top4
    sye brmnat dgn iklan yg syarikat mbi tawarkan..
    tp xde org yg promote sye..
    so,bleh kah sye jd peniage top4 tnpa agen yg memperknalkan???sye brminat

    • MBI Communication says:

      Wsalam
      Saudara Farid Firdaus,

      Saudara boleh menyertai kami di sini tanpa ada agen lain yg memperkenalkan. Di dalam sms pendaftaran nanti, hanya tinggalkan kosong di ruangan nama agen yang mperkenalkan. Harap maklum dan terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

  40. Masri says:

    Salam..

    Saya berminat nak jadi age top up ni…

    Saya berasal dari Sabah.. Jadi boleh tak saya join.?

    TQ…

    • MBI Communication says:

      Wsalam
      Saudara Masri,

      Boleh encik, agen-agen kami yang berasal dari Sabah dan Sarawak pun sudah ramai yang menggunakan perkhidmatan kami. Jadi tiada masalah sekiranya saudara juga mahu menyertai kami🙂 . Terima kasih.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

  41. syuhada says:

    terima kasih atas kerjasama yg telah diberikan oleh customer service mbi tdi.forgot to ask her name.i really appreciate her help. hope u will always gives us good services..=)

  42. amir says:

    mcm mna cara untuk top up hot tiket hotlink??
    boleh jelaskan beza (maxis) dgn (maxis PIN),..
    sy guna no cel,..boleh sy guna no.gateway celcom untuk top up kn no maxis or digi??

    • MBI Communication (TR0101194-X) says:

      Hot Tiket boleh dipesan terus dari server dgn menggunakan kod HT. Namun begitu, hanya HT15 (RM15) sahaja yang ada pada hari ini.

      Nombor gateway Celcom boleh digunakan untuk topup ke semua jenis telco. Tidak terhad kepada nombor Celcom sahaja. Harap maklum.

      MBI COMMUNICATION
      -Satisfaction for Mutual Benefits-

  43. Joh says:

    Salam 1 Malaysia…
    Saya berminat mahu menjadi agen..di Kuching Sarawak ada sape2 bole saya jumpa ke?

  44. ajb says:

    saya abdul mujib b md hanipah ingin bertanya beberapa soalan.

    1. ada tak cara/ format sms untuk menghantar sms toptup melebihi 1 nombor dalam satu masa….
    2. macamana nak topup no XL?
    3.semasa topup no tune talk perlu ke letak no hp pelangan contohnya. 0177680706 TT30 123456….dan apabila menerima softpin adakah softpin itu y perlu diberikan kpd pelangan..

  45. bibi says:

    Blh say tany kenap TT x dapa Topup rm60?? Buka yg blh ka??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s